dr-wanie91
May 10th
Female
Johor
:: Noor Shazwani binti Md Nasir :: :: Menuntut ilmu di Sekolah Islam Hidayah sejak dari tahun 1998 hingga 2008 berkesinambungan daripada Sekolah Rendah hingga Sekolah Menengah. Anak didik di bumi Hidayah selama 11 Tahun:: :: Bagaimana bisa kuserahkan hati ini kepada mana-mana insan sekiranya cintaku pada Illahi dan Rasulullah belum sepenuhnya memenuhi jiwa ini ?? ::
   

<< July 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed










 
Sunday, May 10, 2009
10 MEI 2009

suatu petang, 8 mei 2009
"Wani, lepas subuh esok kita berangkat ke KL"

....masuk bilik...

*sebak

teringat semula kenangan dari awal tahun 2o09
train adik2 debat....sehingga menggapai najah yang tidak dijangka
JOHAN 8TH INTERSCHOOL DEBATING CHAMPIONSHIP
subhanallah! alhamdulillah! allahu akbar!
astaghfirullah..

Jumaat malam (8 mei 20o9)
pergi ke Jusc0, Taman Universiti
adik2 debat perempuan (Ili, Nadiyah,Liyana dan Raihana)
mereka belanja makan di SEDAP CORNER
sungguh sedap!
dan..mereka hadiahkan Wani...
satu hadiah yang Wani telah,sedang dan akan gunakan
itulah hadiah yang Wani rasa adik2 itu berada di samping Wani

terlalu sukar untuk berpisah dengan debat..
namun, cepat2 sahabat seperjuanganku
Nur Jannah Mohd Radzi (debater english,satu batch)
nasihatkan wani melalui sms:-
"mmg tu hakikat hidup. x mungkin selamanya kite dgn depikir. Life needs give and take. La tahzan sbb ni aturan Allah yang terbaik utk anti..teruskn perjalanan dgn hati yg terbuka" (9 mei, 9.40 pagi)

-oh ye, crite tentang kejayaan adik2 debat telah siap..tinggal nak publish!-
bila nak publish??
-nanti, bila kes orang yang tidak puas hati SMIH menang reda-
ada juga yang tidak puas hati?
-ada-
kenapa?
-sebab mungkin SMIH tidak ternama-
laa..kenapa mcm tue pula?
-no comment..biar kami ahli kelab debat SMIH sahaja yang tahu-

insyaAllah,
2 petang nie dah start daftar di UKM
september atau oktober fly ke Egypt

ALhamdulillah
rezeki bertimpa-timpa tahun ini
seelah pelbagai kesulitan dialami
"disebalik kesulitan pasti ada kemudahan"

hari ini 10 mei

hari yang sangat special:-

1. My birthday ke 18
2. Hari Ibu Sedunia
3. Hari pendaftaran foundati0n di UKM sebelum fly ke Egypt

semoga semuanya berjalan lancar. ameen~

p.s: benarlah kesabaran kunci bagi meraih kejayaan
Posted at 09:49 am by dr-wanie91
Make a comment  

 
Sunday, May 03, 2009
FACE THE TRUTH !

Masih lagi dalam proses menerima kenyataan
Masih dalam proses untuk mencari ruh hati, ruh jiwa untuk menaip pengalaman sepanjang mendidik adik2 debat

Hakikatnya, bukan kejayaan yang ingin Wani megahkan namun perkara yang telah kaMi lakukan itulah yang ingin dikongsikan
Benarlah, hanya ALlah tempat kita bergantung..redha ALlahlah yang dicari
Bumi ini milik ALlah dan akan diwariskan pada mereka yang bertaqwa


keratan akhbar ini dipetik daripada blog keluarga keduaku
KELAB DE'PIKIR
http://debatsmih.blogspot.com

Bismillahirrahmanirrahim

" Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". [3:126]


Image Hosted by ImageShack.us


Buat sesiapa yang membeli akhbar Berita Harian , 01/05/2009 , bolehlah merujuk Bahagian Pendidikan , m/s 14 untuk melihat gambar.

PENDIDIKAN
SM Islam Hidayah muncul juara debat antara sekolah
01/05/2009
Oleh Khairina Yasin
kayrina@bharian.com.my

SEKOLAH Menengah (SM) Islam Hidayah, Johor Bahru membuat kejutan apabila memenangi Pertandingan Akhir Debat Antara Sekolah-sekolah kali ke-8 kategori bahasa Melayu, di Pusat Aktiviti Kebudayaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, kelmarin.

Dalam persaingan merebut Piala Tun Sri Lanang, sekolah yang pertama kali mara ke pertandingan akhir menewaskan Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Star), Ipoh.

SM Islam Hidayah bertindak sebagai pasukan kerajaan berjaya menarik perhatian panel hakim dengan mengemukakan hujah bernas menerusi perdebatan ‘Undang-undang Jawapan Terbaik Kepada Masalah Kebejatan Moral’.

Membariskan Ili Syazwani Shairi, Nur Liyana Zakaria, Ilham Nasharuddin dan Abdullah Zubayr Mohd Aizaini, sekolah berkenaan pada peringkat suku akhir menewaskan SM Agama Persekutuan Kajang dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba, Melaka (separuh akhir).

Penguasaan SM Islam Hidayah turut menyerlah dalam kategori Bahasa Inggeris apabila mara ke peringkat akhir dengan berdepan pendebat SM Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, yang diwakili Png Ning, Sean Law Li Hao, Ida Thien Feng Feng dan Julie Chow Yew Li.

Bagaimanapun, sekolah itu terpaksa menerima kenyataan apabila tewas kepada SMK Green Road yang akhirnya muncul juara sekali gus membawa pulang Piala Munsyi Abdullah.

SMK Green Road menundukkan SM Islam Hidayah dalam perdebatan bertajuk This House Would Allow Shorter Prison Sentences For Prisoner In Exchange For Donating Their Organs.

Juara bagi kedua-dua kategori berjaya membawa pulang Piala Pusingan, wang tunai RM3,000, piala iringan, piala individu dan sijil penyertaan.

Manakala naib juara kedua-dua kategori menerima wang tunai RM2,000 piala iringan, piala individu dan sijil penyertaan.

Pendebat Star, Mohamad Asyraf Che Ibrahim diumumkan peserta terbaik pertandingan akhir kategori Bahasa Melayu, manakala Ida Thien (Bahasa Inggeris).

Pendebat terbaik keseluruhan kategori Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (berdasarkan kedudukan individu selepas enam pusingan awal) masing-masing diraih Ahmad Ashraf Ahmad Shaharudin dan Mohd Reza Abadi, sekali gus menerima wang tunai RM300 dan piala.

Hadiah disampaikan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah. Hadir sama, Rektor UIAM, Prof Datuk Dr Syed Arabi Idid.

Sementara itu, ketua pasukan SM Islam Hidayah, Nur Liyana ketika ditemui mengakui tidak menjangka kemenangan terbabit, tambahan pula ini adalah kali pertama bertanding di pertandingan akhir.

Sebelum ini, katanya, pasukannya sekadar mara sehingga peringkat okto final dan kejayaan diraih disifatkan mengejutkan kerana berjaya menewaskan pasukan berpengalaman.

--------------------------
*Pembetulan ya di 2 perenggan terakhir [kesilapan di akhbar]
1) Ketua pasukan SM Islam Hidayah ialah Ilham Nasharuddin.
2) Pasukan ini tidak pernah mara ke peringkat okto final pada tahun lepas.



" Dan dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. " [6:165]

Benarlah , Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi- AllahuAkbar!
-Nantikan majalah
e@siswa Julai 2009

Terasa baru semalam join kelab debat sekolah
Terasa baru semalam mendidik adik2 debat
Terasa baru semalam mendengar gelak ketawa mereka
Terasa baru semalam bersama2 dengan team debat 2007&2008

Ya Allah..
begitu besar anugerah-Mu
benarlah..hanya masa pengubat duka

Yang ada mood untuk menulis..

Kepada adik2ku di debate club
Ili, Liyana, Nadiyah, Raihana, Ilham, Anas,Hanif dan Zubayr
Terima kasih kerana sudi berkorban bersama dengan akak bagi menaikkan ranking debat BM yang jatuh menjunam tahun lepas
juga menaikkan nama SM ISLAM HIDAYAH di mata dunia
serta menunjukkan akhlak yang sangat2 baik
.................(no idea)

terukkan penulisan di atas..
sebab menulis bukan berdasarkan hati, tetapi emosi
*sebak* rindu akan mereka!
rasanya dah 5 draft dibuat tapi memang tak dapat tulis sehingga habis
insyaAllah, semoga Wani dapat menerima kenyataan ini..
face the truth! (salman Mat Hussin)

p/s: Wani mahu tulis berdasarkan hati!



Posted at 11:18 pm by dr-wanie91
Make a comment  

TAG yg dinantikan oleh EZZAH
P/s: sape yang kena tag, sila copy and paste soklan di bawah dan masukkan ke blog anda serta jawab dengan tenang

1. What is the most important thing in your life?

Allah s.w.t

2. What is the last thing that you bought with your own money?
Jeli Kelapa Muda (RM 1.60x2)..beli di Senibong. Celebrate birthday my mom

3. Where do you wish to get married?
Sekolah Menengah Islam Hidayah, Johor
Nak sambut dengan budak2 SM Islam Hidayah
*suami = SM Islam Hidayah, bonus :ex-debater
boleh turun train adik2 debat ^_^

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?

27

5. Are you in love?
Nope!

6. Where was the last restaurant you had dinner?
Restoran*******(x ingat), Senibong

7. Name the latest book that you bought?

Pesanan Zainab Al-Ghazali buat puteri-puteri

8. What is your full name?

(seperti di pr0file blog)

9. Do you prefer your mother or father

both. 2-2

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
ramai sangat. tidak terkata

11. Christina or Britney?
b0th
manalah tahu bila jumpa, tunjuk akhlak dan personaliti yang baik
mereka akna tertarik pada Islam. kan,kan,kan?

12. Do you do your own laundry?
masukkan baju dlm mesin basuh., dikira own laudry x?

13. The most exciting place you want to go?

Mansoura University, Egypt (I'm coming!! october 2o09-oct 2015..maybe)

14. Hugs or kisses?
hurm..soalan apakah ini?

15. Point out 5 things about the person who tagged you.
1) Perempuan
2)Orang yang sangat meminati filem korea
3) Sangat sensitif
4) Anak ke-3 daripada 4 orang adik beradik
5) Accountant-to-be..insyaAllah.ameen~

16. 3 things I am passionate about
1) Dalam masa 6 tahun, tamaty pengajian dalam ijazah sarjana muda perubatan di Mansoura University. Mesti! Wajib!
2) Mentafsirkan sebuah buku ke dalam Bahasa Melayu
3) Jadi doktor pakar bius A.S.A.P then nak join MERCY..nak bantu umat Islam di Palestin

17. 3 things I say too often
- ana (saya in arabic)
- kak wani
- kakyang

18. Book I’ve read recently
Kerjaya Dalam Bidang PERUBATAN

19. 8 songs I could listen to over and over again

jujur, dah lama x dengar lagu. serius nie.

20. 3 things I learned last year
S.A.B.A.R
I.K.H.L.A.S
T.A.B.A.H

21. 8 people to tag
sesiapa yang melawat blog ini, dan dia mempunyai blog
silalah jawab

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

penulis masih dalam proses untuk menerima kenyataan bahawasanya kontijen SMIH bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris layak ke pentas final 8th IIUM Interscho0l Debating Championship

InsyaAllah, penulis akan post secepat mungkin pengalaman mendidik adik2 debater dan mungkin juga rahsia kejayaan mereka

Maaf, kerana tidak post seawal mungkin kerana pemulis sendiri masih tidak percaya akan rezeki yang Allah berikan

Sohihlah (benarlah), nothing is impossible (Ili Syazwani, Finalist IIUM Interscho0l)
Posted at 10:24 am by dr-wanie91
Make a comment  

 
Saturday, April 11, 2009
10 APRIL 2007..KENANGAN MANIS =)
Assalamualaikum
 
10 April 2007 ( 2 tahun lepas )
Satu tarikh yang memang sampai sekarang Wani tidak dapat lupakan =)
Sudah nak lupakan,tak mustahil suatu hari nanti terlupa sendiri atau memang akan menjadi kenangan manis
Coretan ini sengaja Wani c0py-paste semula
Publish pada 25 April 2007
 
Kepada k0ntijen-kontijen SMIH yang akan mewakili sek0lah ke pertandingan debat UIA 2o09
I wish u all the best!
 
Ingatlah bahawasanya kemenangan dan pert0longan itu hanyalah daripada Allah semata
Diberikan kepada mereka yang benar-benar ikhlas
Dalam menggapai sesuatu yang suci untuk meraih kemenangan,pastikah perjalanan dalam mencapai matlamat juga suci!
 
Yang merindukan kenangan,
Shazwani Nasir
11 April 2009
 
 
TERLAKARNYA SEJARAH BARU...
  [Edit]

" the sky is not a limit, when Allah with us..insyaAllah..we can do it! "

Nothing is impossible to a willing heart.. kejayaan itu bukablah satu perkara yang mustahil untuk dikecapi sekiranya Allah s.w.t telah menetapkannya untuk kita... Oleh itu tiada istilah putus asa dan gentar dalam diri setiap ahli " Team Challengers" ( kini De'PiKir ) Sekolah Menengah Islam Hidayah.. Wa Innallah Ma'akum..Allah bersama dengan kamu semua wakil debat SMIH

                        * wani nasir, dalam dewan debat SMTJB, 28/2/2007 *

 

Kata-kata di atas telah Wani coretkan sewaktu pasukan debat SMIH kena kurung selama sejam sebelum bertanding. Inilah kali pertama sekolah Wani menghantar wakil untuk pertandingan debat Panitia Bahasa Melayu. Seram juga asalnya. Pelbagai suka, duka, pahit, masam,masin, kelat yang dirasai sepanjang berlangsungnya debat Panitia Bahasa Melayu sebelum kami dijulang sebagai JUARA DAERAH JOHOR BAHRU!! ... tapi tak boleh wakil negeri...tak mengapa...tahun 2008 menanti di hadapan... akan kami pecahkan tembok-tembok yang menyebabkan kami tidak dapat masuk ke peringkat negeri...

Baiklah, sekarang kita susuri satu persatu perlawanan debat yang dilalui oleh tiga pendebat Bahasa Melayu SMIH sambil dibantu pelatih kami dari UTM, Ustz.Hawanis, Ustz. Muhaini, Ust.Shahruddin, ahli De'PiKir dan semua insan di SMIH...

28/2/2007   - SMTJB vs SMIH ( SMIH menang )

21/3/2007   - SMK Impian Emas vs SMIH ( SMIH menang ) *JUARA ZON*

29/3/2007   - SMIH vs SMTPJB ( SMIH menang )

Big Smile 5/4/2007   - SMK Perling vs SMIH ( SMIH menang ) * SEMI-FINAL*

10/4/2007   - SMIH vs English College ( SMIH JUARA DAERAH JB!! ) *FINAL*

Dari kiri : Ust.Shahrudin, Akh Talhah ( Second Speaker ), Akh Saifullah ( Third Speaker ) , Akh Muhammad ( First Spaaker ), Ustz. Hawanis dan Ustz. Muhaini.

Ustz. Hawanis sentiasa mengingatkan kami bahawasanya debat bukan hanya satu pertandingan tetapi ia merupakan salah satu jalan jihad. Jihad itu hakikatnya besar cabangnya. Sebagai seorang Muslim, adalah tanggungjawab kita untuk membuktikan bahawasanya orang Islam juga adalah seorang yang kritis dan kreatif otaknya bahkan mengetahui isu-isu semasa dan bukannya jumud otaknya. Apatah lagi SMIH adalah sebuah sekolah Islam. Apapun yang kita lakukan, perlu meletakkan Allah di tempat yang utama.

p/s: Wani hanya sekadar tolong disebalik takbir di sepanjang debat Panitia Bahasa Melayu berjalan.. tak bertanding pun..

Posted at 06:08 pm by dr-wanie91
Make a comment  

 
Friday, April 10, 2009
RASULULLAH..KAMI MERINDUIMU

my 1st post @ xgen's bl0g (blog batch 1o sek.men.islam hidayah)
agak jak0n sebab sebelum nie agak takut untuk p0st di blog batch Wani
sebab apa? -tak tahu-

selamat membaca dan mengamalkan!
singgah2lah selalu ke bl0g batch Wani
Xgen bersama menggegar dunia!
http://dakwahcircle.blogspot.com

 

______________________________________________________________

Assalamualaikum
Apa khabar iman dan akhlak pembaca blog Xgen?
Moga-mogahan dalam keadan yang sihat walaupun ada saat naik dan turunnya =)

1 April hari yang menjadi kenangan apabila menjadi hari pertama diri ini menjadi murobbi
1 April juga Sek.Ren.Islam Hidayah tiada kelas kerana ada hari syariah yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti
Sekali ditugaskan untuk memantau program di dewan al-qodisiyah dimana ada pertandingan nasyid banat (perempuan) ketika itu
sesekali terpikat dengan sebuah nasyid yang sudah lama tidak meniti di bibir ini tatkala kanak-kanak di depan mata menasyidkan nasyid ini..
Sesekali rasa rindu timbul kepada insan yang kononnya diri ini memanggil kekasih hati
Ya Allah, sudah berapa lama kita tidak mengkaji sirah perjuangan Rasulullah s.a.w?

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela


Muhammad bin Abdullah aka Rasulullah s.a.w merupakan satu nama yang tidak asing lagi bagi diri seorang Muslim
Sifatnya mampu menarik hati insan-insan sehingga terpesona akan keindahan Islam


ada saatnya diri kita terasa disakiti apabila ada insan lain menyakiti diri kita
ada saatnya kita terasa ingin membalas dendam
ada saatnya kita rasa tidak dihargai
ada saatnya hati kita akan timbul prasangka yang bermacam-macam
Namun Rasulullah s.a.w tetap mengajar diri ummatnya untuk bersabar dan berhusnuzh0n (bersangka baik)
Tidak perlu belajar ilmu agama yang tinggi-tinggi sekiranya tidak lepas bab sabar dan bersangka baik.
Perlu diketahui sesungguhnya bersangka baik itu adalah serendah-rendah tahap dalam berukhwah

hayatilah kisah di bawah ini. Semoga kita beroleh pengajaran

Di satu sudut Pasar Madinah terdapat seorang pengemis buta yahudi yang setiap harinya mengemis di kawasan tersebut. Kerana bencinya beliau kepada Baginda Rasulullah s.a.w., maka setiap kali di dekati orang ramai dia akan berkata “wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia gila, pembohong dan tukang sihir. Apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya”.

Namun Baginda Rasulullah s.a.w. tidak mempedulikan kata-kata tersebut, malah setiap pagi Baginda Rasulullah s.a.w. akan membawa makanan untuknya. Tanpa berkata sepatah pun, Baginda Rasulullah s.a.w. akan menyuapkan makanan tersebut tanpa di ketahui oleh pengemis buta itu yang menyuapkannya adalah Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri. Baginda Rasulullah s.a.w. melakukan perkara itu pada setiap hari sehinggalah beliau wafat.

Setelah wafatnya Baginda Rasulullah s.a.w. maka tiada lagi orang yang menghantar makanan kepada pengemis buta Yahudi tersebut sehinggalah pada suatu hari Abu Bakar r.a. berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. yang merupakan isteri kepada Baginda Rasulullah s.a.w.

Abu Bakar r.a. bertanya kepada anaknya “Anakku, adakah kebiasaan kekasihmu yang belum aku kerjakan?. Aisyah r.a. menjawab “wahai ayahku, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tiada satu kebiasaannya pun yang ayah belum lakukan kecuali satu perkara sahaja”.

Abu Bakar r.a. bertanya lagi “apakah perkara itu wahai anakku, beritahulah”. Aisyah menjawab “setiap pagi Baginda Rasulullah s.a.w. akan pergi ke Pasar Madinah membawa makanan untuk seorang pengemis buta Yahudi yang terdapat di sana”.

Keesokan paginya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk pengemis buta Yahudi tersebut. Abu Bakar r.a. mendekati pengemis itu dan memberikan makanan yang di bawanya. Ketika dia mula menyuapkannya, si pengemis itu marah dan mengherdik “siapakah engkau?” tanya pengemis itu.

Jawab Abu Bakar r.a “akulah, orang biasa yang selalu membawa makanan untuk kamu”. “Bukan!, engkau bukan orang biasa yang mendatangi aku”. bantah pengemis buta itu. “orang biasa yang mendatangi aku apabila dia kemari, tanganku ini tidak perlu memegang dan mulutku ini tidak susah untuk menguyah. Dia akan memicit-micit makanan tersebut sehingga halus sebelum menyuapkan aku” pengemis itu memberikan penjelasan.

Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air mata apabila mendengar penjelasan tersebut. Beliau menangis kerana sangat terharu dengan sikap mulia Baginda Rasulullah s.a.w. Walaupun Baginda Rasulullah s.a.w. seorang pemimpin umat tetapi beliau sanggup membawa makanan, memicit-micit sehingga halus dan menyuapkan seorang pengemis buta yang kotor dan miskin.

Sambil menahan tangisnya Abu Bakar r.a. berkata “aku memang bukan orang biasa yang mendatangi kamu tetapi aku adalah salah seorang sahabatnya. Orang mulia yang selalu mendatangi kamu itu sudah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.”

Pada saat itu juga pengemis tersebut menangis mendengar penjelasan Abu Bakar r.a. dan kemudiannya berkata “benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya dan memfitnahnya tetapi dia tidak pernah memarahiku sedikitpun. Setiap pagi dia akan membawakan aku makanan. Dia begitu mulia sekali…..”

Kerana terharu dengan peribadi Baginda Rasulullah, akhirnya pengemis buta Yahudi tersebut telah mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan Abu Bakar r.a. dan semenjak daripada saat itu dia menjadi seorang muslim.


Subhanallah
begitu indah akhlakmu Ya Rasulullah
semoga diri kita mampu mendidik jiwa anak-anak didik dan masyarakat supaya bersikap seperti sifat Rasulullah s.a.w
semoga diri kita juga dapat mencontohi dan beramal dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w


Shazwani Nasir
10.17 pm
10 April 2o09
Posted at 10:21 pm by dr-wanie91
Make a comment  

Previous Page Next Page